PENEGNALAN

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu, berlaku perubahan besar dalam sistem ekonomi negara. Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan menjalankan ekonomi tradisional seperti pertanian sara diri, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan untuk memenuhi keperluan harian.

Namun, British memperkenalkan ekonomi moden yang berorientasikan eksport seperti perlombongan bijih timah dan perladangan getah bagi memenuhi permintaan industri di Eropah. Bagi memajukan sektor ini, buruh dari China dan India dibawa masuk untuk bekerja di lombong dan ladang.

Keadaan ini telah mewujudkan sistem Dwi Ekonomi, iaitu kewujudan dua sistem ekonomi yang berbeza dalam satu negara: ekonomi tradisional di kawasan luar bandar dan ekonomi moden di kawasan bandar, lombong serta ladang. Sistem ini turut memberi kesan kepada struktur masyarakat dan hubungan antara kaum di Tanah Melayu.