Kewujudan dwi ekonomi di Tanah Melayu berlaku apabila pihak British memberi tumpuan kepada usaha memaksimumkan keuntungan daripada hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Mereka membangunkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan kereta api bagi melancarkan proses pengeluaran dan eksport. Tindakan ini menunjukkan bahawa matlamat utama British adalah untuk mengaut keuntungan ekonomi tanpa mengambil kira keseimbangan pembangunan masyarakat tempatan (Andaya & Andaya, 2017).
Selain itu,bagi memastikan sektor perlombongan berkembang pesat, British telah membawa masuk buruh Cina dari China. Buruh ini dipilih kerana mempunyai kemahiran dalam aktiviti perlombongan serta sanggup bekerja dalam keadaan yang sukar. Mereka ditempatkan di kawasan lombong dan bandar, sekali gus menyebabkan kaum Cina tertumpu dalam sektor perlombongan bijih timah.
Selanjutnya, British turut membawa masuk buruh India untuk bekerja di ladang getah. Mereka bekerja di estet-estet milik British dan tinggal dalam komuniti ladang yang terasing daripada masyarakat lain. Keadaan ini menyebabkan kaum India tertumpu dalam sektor perladangan dan kurang berinteraksi dengan kaum lain.