Mengapakah Dwi Ekonomi Berlaku
Berdasarkan infografik di sebelah kanan, kewujudan dwi ekonomi di Tanah Melayu berlaku akibat dasar penjajahan British yang mengamalkan konsep “pecah dan perintah”. Dasar ini telah memisahkan masyarakat mengikut kaum dan kegiatan ekonomi, di mana orang Melayu tertumpu kepada ekonomi tradisional di desa, manakala orang Cina dan India terlibat dalam ekonomi komersial di bandar dan ladang. Keadaan ini bukan sahaja memudahkan pentadbiran British, tetapi juga menghalang perpaduan antara kaum (Andaya & Andaya, 2017). Akibatnya, terbentuk jurang ekonomi dan sosial yang berpanjangan dalam masyarakat hingga memberi kesan kepada pembangunan negara selepas merdeka (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).